Saturday, November 19, 2005

Misi


Misi KPM

Membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia bagi mengembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi inspirasi negara Malaysia

Objektif

  1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  2. Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera
  3. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
  4. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara

Matlamat

  1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  2. Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera
  3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  4. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

Piagam Pelanggan

Kami warganegara Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami:
  1. Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu yang memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara
  2. Menentukan keluaran sistem pendidikan yang mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  3. Memberikan peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang sebaik-baiknya

Peranan Jabatan / Bahagian


Bahagian Sekolah
  • Fungsi Bahagian Sekolah


    1. Merancang menyelaras dan memantau program-program berkaitan hal ehwal persekolahan dalam aspek
      • pengurusan sekolah
        • pemantauan pengurusan sekolah
        • penggal persekolahan
        • pengurusan sekolah berasrama penuh (SBP)
        • penyepaduan dan pengemaskini Anggaran belanja Mengurus (ABM) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
        • pengurusan kewangan Bahagian Sekolah dan Sekolah Berasrama Penuh
        • Penggubalan peraturan-peraturan Pendidikan dan Ikhtisas



    2. Melaksanakan dasar dan mengurus hal ehwal guru
      • keperluan guru
        - mendapatkan maklumat keperluan guru dari JPN
        - mendapatkan maklumat bekalan guru daaripada Bhg. Pendidikan Guru dan IPT
        menyelaras keperluan dan bekalan guru dengan jab. teknikal, Pen. Khas dan Pen. Islam & Moral
      • Penempatan guru
        - menempatkan guru Diploma dan Ijazah ikut opsyen dan keperluan JPN
        - mencadangkan penempatan guru siswazah kepada Bhg. Sumber Manusia
        - menempatkan guru di Sekolah Berasrama Penuh
        - menyelaras bekalan dan penempatan guru kolej Matrikulasi
        - menyelaras bekalan dan penempatan guru di SM. Teknik
      • Pertukaran guru
        -menerima dan memproses pemohonan pertukaran antara negeri



    3. Melaksanakan dasar, merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwal murid sekolah harian dan SBP


      • pembangunan murid




Bahagian Teknologi Pendidikan (BPT)
  • Pengenalan
    Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah diwujudkan pada 19 Jun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan. Kelulusan untuk mewujudkan BTP dibuat oleh Kabinet dalam tahun 1971. Fungsi utamanya pada ketika itu ialah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah. Dalam tahun 1988, nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan ditukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah. Kini, BTP mempunyai 11 sektor dan 15 BTPN.
    Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki

  • Objektif Organisasi

    • Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru yang berterusan.
    • Memberi khidmat-bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan.
      Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru.
    • Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.
    • Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.


  • Fungsi

    • Mengkaji dan mentafsir keperluan dasar pendidikan berkaitan dengan peranan teknologi pendidikan bagi memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran.
    • Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.
    • Menyebarkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui media cetak, radio, televisyen, CD-ROM dan rangkaian komputer.
    • Memantau, menilai dan mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    • Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pembangunan pusat sumber sekolah.
    • Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan program galakan membaca.
    • Memberi khidmat bantu dan nasihat bagi menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan.
    • Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan program Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah.


Institut Aminuddin Baki (IAB)
  • Matlamat
    Membina dan meningkatkan kepakaran pengurusan serta membangunkan pendidikan negara bagi melahirkan satu iklim yang membolehkan berlakunya penghayatan dan amalan peradaban berilmu dan nilai-nilai murni

  • Objektif Khas

    • Membina tubuh ilmu peribumi pengurusan pendidikan

    • Memberi kemahiran asas pengurusan pendidikan kepada semua pengurus pendidik.

    • Menggunakan segala pendekatan pedagogi/andragogi untuk menatarakan ilmu pengurusan pendididikan kepada klientel

    • Bertindak menjalankan rundingan cara organisasi ke arah menjadikan organisasi pendidikan antara yang paling dinamik dan produktif

    • Menjalankan usaha-usaha pendidikan

    • Menjalankan usaha-usaha pemikiran secara pasukan 'think tank' bagi menangani masalah pengurusan pendidikan

    • Membina senarai semak alatan dan menghasilkan bahan-bahan lain serta mendokumentasikan penemuan secara dapatan pendidikan

  • Fungsi
    Dalam konteks latihan IAB bertanggung jawab mengujudkan iklim penghayatan amalan dan peradaban ilmu , budaya ilmu , nilai murni dan mulia menerusi program-program yang bersepadu diperingkat institusi , daerah , negeri, pusat dan antarabangsa. IAB melaksanakan semua fungsi berikut


    • Latihan

    • penerbitan

    • penyelidikan

    • Runding cara

    • Kumpulan pemikir



Jemaah Nazir Sekolah (JNS)
  • Fungsi
  • Peperiksaan Institusi Pendidikan - menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan peperiksaan institusi pendidikan sebagaimana yang ditetapkan - Akta Pendidikan 1996, Seksyen 117(d), 118, 121, 122
  • Bimbingan dan nasihat - ketua Nazir atau Nazir sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana oang lain yang bertanggungjawab atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara yang berhubung dengan pengajaran dan kaedah pengajaran pendidikan 1996, Seksyen 118

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bahagian Kewangan
Bahagian Audit Dalaman
Bahagian Matrikulasi
Bahagian Hubungan Antarabangsa
Bahagian Biasiswa
Bahagian Teknlogi Maklumat dan Komunikasi
Bahagian Pembangunan dan Perolehan

Jabatan Pelajaran Negeri

Matlamat


  • untuk mencapai cita-cita negara melalui dasar pendidikan Kebangsaan
  • melatih pelajar-pelajar bagi memenuhi tenaga manusia
  • memupuk perpaduan negara
  • mewujudkan pendidikan bermutu berdasarkan falsafah pendidikan Kebangsaan serta prinsip-prinsip rukun negara


Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan


  • Fungsi dan peranan
  • menyediakan anggaran belanjawan dan menguruskan perbelanjaan jabatan dengan berkesan
  • Mengendalikan dan menguruskan hal perkhidmatan dan pentadbiran bagi semua pegawai dan staf sokongan
  • Menyelaras keperluan dan menguruskan penempatan dan pertukaran staf sokongan di peringkat negeri
  • Menentukan peningkatan kepakaran pegawai perkhidmatan pendidikan dan staf sokongan diperingkat negeri


sektor Pengurusan Sekolah

  • Fungsi dan peranan
  • Memastikan kanak-kanak mengikut peringkat umur ditetapkan mendapat tempat belajar dan menamatkan pendidikan rendah dan menengah agar menjadi rakyat yang bertanggungjawab, progresif dan berdisplin


Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

  • Fungsi dan peranan
  • Memastikan pengurusan pembangunan kemanusiaan murid-murid diseluruh sekolah rendan menengah negeri dirancang dan dilaksanakan dengan baik dan berkesan
  • Membantu pembangunan sahsiah dan kawalan displin murid disekolah rendah dan menengah diurus dengan baik


Sektor Pengurusan Akademik

  • Fungsi dan peranan
  • Menentukan pra pendidik menerima dan melaksanakan segala pembaharuan dan perkembangan KBSR dan KBSM dengan berkesan
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perkembangan masa


Sektor Pendidikan Islam dan Moral

  • Fungsi dan peranan
  • Memastikan kemajuan Kurikulum Pendidikan Islam , Jawi dan Bahasa Arab KBSR dan KBSM
  • Membentuk sahsiah unggul pelajar serta pengwujudan "iklim diri" dan budaya sekolah yang sihat menerusi dakwah yang berkesan dan kokurikulum Pendidikan Islam


Pejabat Pelajaran Daerah

Berfungsi
  • Merupakanwakil JPN diperingkat daerah
  • Merancang dan melaksanakan segala program pembangunan diperingkat daerah
  • Merancan dan melaksanakan program profesionalisme bagi meningkatkan kecekapan dan perkembangan staf
  • Mengendali dan mengurus dan mengawal keperluan kewangan dan perbelanjaan tahunan sekolah-sekolah di daerah
  • Menyelia aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
  • Mengawal displin dan etika kerja semua personel pendidikan
  • Menguruskan soal perkhidmatan dan kebajikan guru dan staf sokongan pendidikan
  • Menguruskan penempatan dan pertukaran guru dalam daerah
  • Menguruskan kemasukan dan penempatan murid-murid di daerah
  • Mengawasi Pusat Kegiatan Guru
  • Menguruskan peperiksaan awam dalam dan luar negara serta Penilian Kendalian Sekolah di daerah

Kurikulum Kebangsaan

Maksud

  • termaktub dalam perkara 3(1) , PU(A) 531/97 memberi erti
  • Kurikulum Kebangsaan ialah
  • Suatu program pendidikan yang termasuk kuruikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua


    • pengetahuan
    • kemahiran
    • norma
    • nilai
    • unsur kebudayaan
    • dan kepercayaan


  • untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi


    • jasmani
    • rohani
    • mental
    • dan emosi


  • serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk mmenyampaikan pengetahuan

KBSR

  • Fakta ringkas


    • Mula diperkenalkan peringkat percubaan pada tahun 1982 di 305 sekolah rendah
    • Dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1983
    • 1994/1995 mata pelajaran Alam dan manusia digantikan dengan Sains dan Kajian tempatan
    • 2003 sains dan matematik tahun satu diajar dalam bahasa Inggeris


  • Empat prinsip KBSR


    • Pendekatan bersepadu
    • Perkembangan individu menyeluruh
    • Pendidikan yang sama untuk semua
    • Pendidikan seumur hidup

    • Pendekatan KBSR
      • Penggabungjalinan kemahiran dalam satu atau beberapa mata pelajaran
      • Penggabungjalinan kemahiran antara beberapa mata pelajaran
      • Penerapan nilai dalam mata pelajaran
      • Kesepaduan kurikulum dan kokurikuluk
      • Unsur perpaduan merentas kurikulum

    • Ciri-ciri KBSR


      • Penekanan kepada penguasaan kemahiran 3M
      • Penglibatan murid dalam P&P diutamakan
      • Penekanan P&P berpusat kepada Murid
      • Perbezaan kebolehan murid diberi perhatian
      • Mengutamakan pendekatan gabungjalin
      • Penerapan nilai murni dalam P&P
      • Bahasa merentas kurikulum



    • Struktur KBSR
    • Terbahagi kepada 3 bidang asas


      • Komunikasi
        - meliputi komponen kemahiran asas yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
      • Manusia dan Alam Sekelilingnya
        - meliputi komponen kerohanian, nilai , dan sikap, manusia dan persekitarannya yang melibatkan mata pelajaran pendikan Islam dan moral , Alam dan manusia
      • Perkembangan Individu
        - meliputi komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan serta kurikulum yang melibatkan mata pelajaran muzik, seni, pendidikan jasmani dan kesihatan


    KBSM