Saturday, November 19, 2005

Peranan Jabatan / Bahagian


Bahagian Sekolah
  • Fungsi Bahagian Sekolah


    1. Merancang menyelaras dan memantau program-program berkaitan hal ehwal persekolahan dalam aspek
      • pengurusan sekolah
        • pemantauan pengurusan sekolah
        • penggal persekolahan
        • pengurusan sekolah berasrama penuh (SBP)
        • penyepaduan dan pengemaskini Anggaran belanja Mengurus (ABM) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
        • pengurusan kewangan Bahagian Sekolah dan Sekolah Berasrama Penuh
        • Penggubalan peraturan-peraturan Pendidikan dan Ikhtisas



    2. Melaksanakan dasar dan mengurus hal ehwal guru
      • keperluan guru
        - mendapatkan maklumat keperluan guru dari JPN
        - mendapatkan maklumat bekalan guru daaripada Bhg. Pendidikan Guru dan IPT
        menyelaras keperluan dan bekalan guru dengan jab. teknikal, Pen. Khas dan Pen. Islam & Moral
      • Penempatan guru
        - menempatkan guru Diploma dan Ijazah ikut opsyen dan keperluan JPN
        - mencadangkan penempatan guru siswazah kepada Bhg. Sumber Manusia
        - menempatkan guru di Sekolah Berasrama Penuh
        - menyelaras bekalan dan penempatan guru kolej Matrikulasi
        - menyelaras bekalan dan penempatan guru di SM. Teknik
      • Pertukaran guru
        -menerima dan memproses pemohonan pertukaran antara negeri



    3. Melaksanakan dasar, merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwal murid sekolah harian dan SBP


      • pembangunan murid




Bahagian Teknologi Pendidikan (BPT)
  • Pengenalan
    Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah diwujudkan pada 19 Jun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan. Kelulusan untuk mewujudkan BTP dibuat oleh Kabinet dalam tahun 1971. Fungsi utamanya pada ketika itu ialah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah. Dalam tahun 1988, nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan ditukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah. Kini, BTP mempunyai 11 sektor dan 15 BTPN.
    Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki

  • Objektif Organisasi

    • Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru yang berterusan.
    • Memberi khidmat-bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan.
      Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru.
    • Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.
    • Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.


  • Fungsi

    • Mengkaji dan mentafsir keperluan dasar pendidikan berkaitan dengan peranan teknologi pendidikan bagi memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran.
    • Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.
    • Menyebarkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui media cetak, radio, televisyen, CD-ROM dan rangkaian komputer.
    • Memantau, menilai dan mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    • Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pembangunan pusat sumber sekolah.
    • Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan program galakan membaca.
    • Memberi khidmat bantu dan nasihat bagi menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan.
    • Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan program Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah.


Institut Aminuddin Baki (IAB)
  • Matlamat
    Membina dan meningkatkan kepakaran pengurusan serta membangunkan pendidikan negara bagi melahirkan satu iklim yang membolehkan berlakunya penghayatan dan amalan peradaban berilmu dan nilai-nilai murni

  • Objektif Khas

    • Membina tubuh ilmu peribumi pengurusan pendidikan

    • Memberi kemahiran asas pengurusan pendidikan kepada semua pengurus pendidik.

    • Menggunakan segala pendekatan pedagogi/andragogi untuk menatarakan ilmu pengurusan pendididikan kepada klientel

    • Bertindak menjalankan rundingan cara organisasi ke arah menjadikan organisasi pendidikan antara yang paling dinamik dan produktif

    • Menjalankan usaha-usaha pendidikan

    • Menjalankan usaha-usaha pemikiran secara pasukan 'think tank' bagi menangani masalah pengurusan pendidikan

    • Membina senarai semak alatan dan menghasilkan bahan-bahan lain serta mendokumentasikan penemuan secara dapatan pendidikan

  • Fungsi
    Dalam konteks latihan IAB bertanggung jawab mengujudkan iklim penghayatan amalan dan peradaban ilmu , budaya ilmu , nilai murni dan mulia menerusi program-program yang bersepadu diperingkat institusi , daerah , negeri, pusat dan antarabangsa. IAB melaksanakan semua fungsi berikut


    • Latihan

    • penerbitan

    • penyelidikan

    • Runding cara

    • Kumpulan pemikir



Jemaah Nazir Sekolah (JNS)
  • Fungsi
  • Peperiksaan Institusi Pendidikan - menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan peperiksaan institusi pendidikan sebagaimana yang ditetapkan - Akta Pendidikan 1996, Seksyen 117(d), 118, 121, 122
  • Bimbingan dan nasihat - ketua Nazir atau Nazir sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana oang lain yang bertanggungjawab atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara yang berhubung dengan pengajaran dan kaedah pengajaran pendidikan 1996, Seksyen 118

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bahagian Kewangan
Bahagian Audit Dalaman
Bahagian Matrikulasi
Bahagian Hubungan Antarabangsa
Bahagian Biasiswa
Bahagian Teknlogi Maklumat dan Komunikasi
Bahagian Pembangunan dan Perolehan

No comments: