Saturday, November 19, 2005

Jabatan Pelajaran Negeri

Matlamat


  • untuk mencapai cita-cita negara melalui dasar pendidikan Kebangsaan
  • melatih pelajar-pelajar bagi memenuhi tenaga manusia
  • memupuk perpaduan negara
  • mewujudkan pendidikan bermutu berdasarkan falsafah pendidikan Kebangsaan serta prinsip-prinsip rukun negara


Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan


  • Fungsi dan peranan
  • menyediakan anggaran belanjawan dan menguruskan perbelanjaan jabatan dengan berkesan
  • Mengendalikan dan menguruskan hal perkhidmatan dan pentadbiran bagi semua pegawai dan staf sokongan
  • Menyelaras keperluan dan menguruskan penempatan dan pertukaran staf sokongan di peringkat negeri
  • Menentukan peningkatan kepakaran pegawai perkhidmatan pendidikan dan staf sokongan diperingkat negeri


sektor Pengurusan Sekolah

  • Fungsi dan peranan
  • Memastikan kanak-kanak mengikut peringkat umur ditetapkan mendapat tempat belajar dan menamatkan pendidikan rendah dan menengah agar menjadi rakyat yang bertanggungjawab, progresif dan berdisplin


Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

  • Fungsi dan peranan
  • Memastikan pengurusan pembangunan kemanusiaan murid-murid diseluruh sekolah rendan menengah negeri dirancang dan dilaksanakan dengan baik dan berkesan
  • Membantu pembangunan sahsiah dan kawalan displin murid disekolah rendah dan menengah diurus dengan baik


Sektor Pengurusan Akademik

  • Fungsi dan peranan
  • Menentukan pra pendidik menerima dan melaksanakan segala pembaharuan dan perkembangan KBSR dan KBSM dengan berkesan
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perkembangan masa


Sektor Pendidikan Islam dan Moral

  • Fungsi dan peranan
  • Memastikan kemajuan Kurikulum Pendidikan Islam , Jawi dan Bahasa Arab KBSR dan KBSM
  • Membentuk sahsiah unggul pelajar serta pengwujudan "iklim diri" dan budaya sekolah yang sihat menerusi dakwah yang berkesan dan kokurikulum Pendidikan Islam


No comments: